Haiwan melahirkan anak

Allah menjadikan haiwan mamalia sebagai haiwan yang istimewa. Haiwan mamalia bukan sahaja tinggal di darat malahan juga di air. Selain melahirkan anak, haiwan mamalia juga menyusukan anak. Manusia juga mendapat faedah daripada susu haiwan kerana susu haiwan juga boleh dijadikan minyak, keju, susu tepung dan sebagainya.

Ciri-ciri haiwan mamalia :

  • seluruh badan dilitupi oleh bulu halus(bulu roma) atau bulu lebat
  • berdarah panas(suhu badan tetap)
  • bernafas menggunakan paru-paru
  • melahir dan menjaga anaknya selepas lahir
  • mempunyai kelenjar susu dan menyusukan anak
  • mempunyai struktur jantung empat injap
  • mempunyai tulang belakang(vetebrata)
  • mempunyai kelenjar peluh 
  • mempunyai cuping telinga


Ikan paus, ikan lumba-lumba dan dugong ialah contoh haiwan mamalia di dalam air. 
 Ikan paus dan ikan lumba-lumba memerlukan udara untuk bernafas dan mesti naik ke atas permukaan air untuk mendapat oksigen. Ini dilakukan melalui lubang pancutan pernafasan.


Kelawar mempunyai kepak tetapi ia tidak tergolong dalam keluarga burung. Kelawar ialah haiwan mamalia yang tinggal di dalam gua.




Bagaimana dengan contoh haiwan mamalia yang tinggal di darat? Berdasarkan ciri-ciri haiwan mamalia di atas, cuba kenalpasti haiwan mamalia yang berada di sekeliling kita.



No comments:

Post a Comment