Haiwan membiak



       Pembiakan ialah suatu proses melahirkan individu baru dari individu sedia ada. Pembiakan berlaku dengan persenyawaan di antara gamet jantan dan gamet betina yang sama spesies membentuk zigot. Zigot ini akan membesar dan lahir sebagai individu baru. Dalam maksud yang lebih mudah ia adalah kesinambungan generasi baru. Pembiakan haiwan berlaku berdasarkan dua cara iaitu :
·  Persenyewaan luar
Proses ini berlaku  di luar badan haiwan betina. Pada masa yang sama, ovum dan sperma ysng dihasilkan oleh haiwan betina  dan haiwan jantan dibiakkan di dalam air. Persenyewaan luar ini berlaku pada jenis haiwan amfibia seperti katak dan kodok serta jenis ikan(kecuali ikan paus)
·  Persenyewaan dalam
Proses ini pula berlaku di dalam badan haiwan betina apabila gamet dari  organ pembiakan jantan berjaya dimasukkan ke dalam gamet haiwan betina. Untuk memastikan kejayaan pembiakan, maka haiwan betina menghasilkan lebih banyak gamet. Persenyewaan dalam ini berlaku kepada haiwan mamalia, keluarga burung seperti ayam dan itik serta burung sendiri, keluarga reptilia seperti buaya, cicak dan ular dan keluarga serangga seperti semut, belalang, pepatung dan lain-lain.

                                                                                     
Untuk meningkatkan kefahaman murid tentang proses hasil pembiakan haiwan, saya akan mencadangkan beberapa video yang boleh diakses daripada internet seperti You Tube kepada murid-murid dengan pemantauan ibu bapa atau menayangkan terus video didalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contoh Video yang saya tayangkan di dalam kelas, ada saya muatkan dalam blog ini; iaitu dalam posts Cara Haiwan Membiak

              Kemudian, barulah saya bertanya kepada mereka beberapa soalan seperti :
  1.    Pada pendapat kamu, senang tak gajah melahirkan anak?
  2.    Mengapa gajah itu menyepak-nyepak atau menolak badan anaknya yang dilahirkan?
  3.    Apakah yang dibuat oleh penyu ketika hendak bertelur?
  4.    Mengapa penyu menimbus telur-telurnya di dalam pasir itu?   
  5.    Apa perasaan kamu semasa menonton kedua-dua video ini?
  6.    Pada pendapat kamu, mengapakah kita tidak boleh membunuh haiwan sesuka hati?   



2 comments:

  1. Isi yang agak menarik. Pendedahan juga amat menarik . Senang di fahami oleh murid-murid.

    ReplyDelete