Tuesday, 11 December 2012

Lembaran kerja Sains Tahun 2(2)

Nama  :  .....................................................................................
Kelas  :  .....................................................................................

Evidens  : B3 DS 5 E1: Mengelas haiwan berdasarkan cara pembiakan
Arahan :  Kenalpasti nama-nama haiwan di bawah. Kemudian, kelaskan cara haiwan di bawah ini membiak.

Melahirkan anak 
1. 
2.
3.
4.
Bertelur
1.
2.
3.
4.

Lembaran kerja Tahun 2


Sains Tahun 2
 Nama :  ………………………………………………                                                                         Kelas :  ........................................................................

Evidens : B1 DS3 E1 : Mengenalpasti cara haiwan membiak iaitu melahirkan anak atau bertelur
Arahan   : Kenalpasti cara pembiakan haiwan di bawah. Kemudian, tandakan ( / ) pada  ruang yang betul

Cara Haiwan Membiak
Haiwan
Melahirkan anak
Bertelur
Lembu


Katak


Kuda


Harimau


Belalang


Cicak


Arnab


Kucing


Lipas


Siput babi


Monyet
























Saturday, 8 December 2012

Haiwan yang melahirkan anak


     Haiwan yang mempunyai sedikit anak boleh menumpukan perhatian mereka kepada pemakanan dan perlindungan setiap anak sebaik dilahirkan. Sebaliknya, haiwan yang melahirkan  banyak anak terpaksa membahagi-bahagikan  sumber makanan  kepada setiap anak. 
     Maka tidak mustahil  sekiranya ada anak- anak yang mati sebaik sahaja selepas kelahiran mereka. Walau bagaimanapun, bilangan anak  yang hidup mencukupi untuk mengekalkan populasi spesies itu.

Biasanya haiwan mamalia yang besar melahirkan seekor anak pada sekali kelahiran




Emmm.....manjanya!

Haiwan mamalia yang bersaiz kecil dan sederhana biasanya dianugerahkan anak lebih daripada seekor pada setiap kelahiran. 

Haiwan mamalia menyusukan anak dan menjaga anaknya

Cara Haiwan Membiak(Video)


     Manusia, haiwan dan tumbuhan ialah hidupan atau benda hidup yang dicipta oleh Allah untuk hidup di muka bumi ini. Sepertimana manusia dan tumbuhan, haiwan juga membiak. Terdapat dua cara haiwan membiak iaitu dengan cara melahirkan anak atau bertelur.  Ada haiwan yang melahirkan anak lebih daripada seekor dan ada yang melahirkan seekor sahaja. Bagi haiwan yang bertelur pula, ada haiwan yang bertelur sedikit dan ada yang bertelur banyak. Kesemua cara pembiakan ini demi menjamin kemandirian spesies haiwan itu sendiri.

Tajuk ini terdapat dalam sukatan pelajaran Tahun 4 sekarang dan Tahun 2(KSSR). Untuk meningkatkan kefahaman murid tentang proses haiwan melahirkan anak, saya telah memberi mereka peluang menonton tayangan video kelahiran anak gajah ini.

Untuk meningkatkan kefahaman murid tentang proses haiwan bertelur, saya telah memberi mereka peluang menonton video penyu  ini pula.

Ada di antara murid Tahun 2 saya yang menangis melihat kesungguhan ibu gajah 'menggerakkan' anaknya yang baru lahir itu.